Assalammualaikum w.w. & Salam 1 Malaysia... |
||
Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (Society of Penang ICT Entrepreneurs - ICT Penang) adalah sebuah bahan induk usahawan Bumiputera di Pulau Pinang yang berkecimpung dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT). Penubuhan ICT Penang adalah salah satu output daripada Pelan Utama pembangunan teknousahawan unjuran daripada deklarasi beberapa zon di negeri Pulau Pinang sebagai Penang Cybercity (PCC) MSC Malaysia pada tahun 2005. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/RoS) sejak 2007, ICT Penang kini adalah salah sebuah rakan usahasama dalam Penang Cluster Alliance (PCA) Sdn Bhd yang mana antara aktiviti utamanya ialah menguruskan inkubator perniagaan Enterprise Lab milik kerajaan negeri Pulau Pinang di Kompleks Mayang Mall. Sejak 2008 juga, ICT Penang adalah salah satu hos pemangkin kawasan untuk kempen Minggu Keusahawanan Global (MuG/GEW) yang disertai oleh ribuan organisasi dari lebih 80 negara. ![]() |
Work Smart ! Telefon: +60 4 250-3015 |
|
This free website was made using Yola.
No coding skills required. Build your website in minutes.
Go to www.yola.com and sign up today!
Make a free website with Yola